<body>
<body>
Y Monday, August 23, 2010Y
5:44 AM
Mohabbatein ialah sebuah wayang Hindi. Mohabbatein bermakna kisah cinta. Mohabbatein
ialah tentang tiga lelaki, Vikram, Sameer, dan Karan, yang masuk dalam sekolah swasta,
Gurukul, yang terkenal di India. Gurukul dijalankan oleh kepala sekolah yang galak,
Narayan Shankar. Dia tidak percaya dalam cinta- pelajar yang jatuh cinta akan diusir dari
sekolah.

Namun, Vikram, Sameer, dan Karan jatuh cinta dengan Ishika, Sanjana dan Kiran masing-
masing. Tetapi, mereka memilih untuk tidak mengambil kisah cinta masing-masing ke
tahap seterusnya kerana takut Narayan Shankar.

Suatu hari, Raj Malhotra, seorang pelajar yang pernah belajar di Gurukul, kembali sebagai
guru muzik. Dia diusir oleh Gurukul kerana jatuh cinta dengan Megha, iaitu, anak Narayan
Shankar, yang tiada di dunia ini.

Raj mula menyebar mesej cinta ke Gurukul dan antara tiga budak lelaki itu dan
menggalakkan mereka untuk mengikut hati mereka. Dia berjaya menyakinkan mereka
untuk ikut hati mereka. Dia juga berjaya mencair hati Narayan Shankar dan membuatnya
orang yang mencintai. Gurukul menjadi sekolah dengan sukacita dan kebahagian.